logo2

ugm-logo

CDERT bantu pengurusan bencana

CDERT bantu pengurusan bencana

KUANTAN  -  Pasukan Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti Jabatan Pertahanan Awam (CDERT) diwujudkan sebagai persediaan awal dalam pengurusan bencana terutama banjir.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, pasukan itu akan menjadi barisan hadapan yang akan bergerak dengan pantas di kawasan yang mengalami bencana.

Menurutnya, penglibatan komuniti setempat dalam perkara itu dapat memantapkan lagi pengurusan bencana.

“Sehingga kini terdapat 86 pasukan CDERT melibatkan 2,580 individu sudah diwujudkan di seluruh negeri dan mereka akan peka dengan kawasan masing-masing terutama menjelang musim banjir.

“Kita mahu komuniti setempat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) mengambil tanggungjawab ini dengan proaktif,”katanya kepada media selepas merasmikan Penubuhan Pasukan
Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti JPAM Negeri Pahang di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi (JPAM), Selamat Dahalan dan Pengarah Pertahanan Awam Negeri Pahang, Kolonel Zainal Yusoff.

Abdul Manan berkata, melalui CDERT secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada komuniti mengenai ilmu pengurusan bencana ketika kecemasan.

Sementara itu, Zainal berkata, pejabat JPAM di Parlimen Indera Mahkota dan Paya Besar akan diwujudkan seiring dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu pejabat JPAM di wujudkan di setiap Parlimen.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti beberapa aspek berhubung perkara itu sama ada menyewa bangunan sedia ada atau menggunakan kaedah kabin sebagai pejabat.

“Kita akan cuba meminimakan kos dan perkara-perkara tersebut akan diambil kira sebelum pejabat JPAM diwujudkan.

“Ia penting memandangkan kawasan terbabit merupakan kawasan risiko banjir dan operasi menyelamat perlu dilakukan dengan pantas,” katanya.

Pada majlis itu, demonstrasi menyelamat diadakan oleh pasukan CDERT dan penyampaian sijil kepada pemimpin setempat turut diberikan.

sumber: sinarharapan

Perlu Materi Khusus Tentang Sekolah Siaga Bencana

http://www.jaringanpelajaraceh.com/wp-content/uploads/2013/10/IMG_20130930_110401-edit.jpg

Jakarta - Kepala Bagian Perencanaan Direktorat Jenderal Bina Administrasi Kewilayahan Kementerian Dalam Negeri (Kemdagri) Safrizal Za mengatakan, perlunya pedoman dan materi khusus yang mengintegrasikan sekolah dengan beberapa pihak yang terlibat langsung dalam sekolah siaga bencana. Tujuannya untuk membangun kesamaan pemahaman semua pihak terkait sekolah siaga bencana.

Dikatakan, kesadaran akan sekolah siaga bencana masih perlu ditingkatkan. Apalagi, sekolah merupakan urusan dari kabupaten/ daerah sehingga sangat diperlukan pemahaman dan komitmen dari kepala sekolah, dinas pendidikan, dan komunitas untuk mendukung program pengurangan resiko bencana.

“Kita akan melakukan penguatan kapasitas pengetahuan kepada guru dan siswa di sekolah,” katanya dalam Seminar Nasional Sekolah Aman di Jakarta, Selasa (29/9).

Safrizal menambahkan, pelatihan akan dilakukan secara berkala dan terukur sehingga perlu keterlibatan dan dukungan dari dinas pendidikan. Integrasi kurikulum pengurangan resiko bencana (PRB) sangat diperlukan dalam proses pemantauan dan evaluasi sekolah.

Dia menerangkan, perlunya pengetahuan tentang RPB bagi siswa dan guru bertujuan agar benar-benar memahami proses dalam menghadapi kerawanan bencana. Dengan pendidikan formal tentang PRB terlaksana secara sistematis dan berkesinambungan maka bisa meminimalkan dampak bencana serta mengurangi biaya pemerintah dalam sosialisasi program PRB pada masyarakat.

Safrizal menjelaskan, sekolah siaga bencana adalah sebuah upaya kesiagaan sekolah untuk menggugah kesadaran seluruh pemangku kepentingan dalam pendidikan baik individu maupun kolektif di sekolah dalam hal kesiagaan bencana.

sumber: beritasatu

More Articles ...